Keberkesanan Organisasi Melalui 'Employee Satisfaction'

Saya rasa ramai juga pengunjung blog ini dari kalangan majikan atau baru nak jadi majikan atau ada organisasi tidak kira kecil atau besar.

Saya nak kongsikan 8 komponen yang menjadikan sesebuah organisasi sukses.

1. Profitability - Boleh diukur dengan banyak cara. Antaranya melalui utung kasar, peratusan untung berdasarkan jumlah jualan dan jumlah wang yang dibayar kepada pemegang saham syarikat.

2. Growth - Boleh diukur dengan cara peningkatan dalam keuntungan, hasil syarikat, jumlah produk atau perkhidmatan ayng ditawarkan dan jumlah peningkatan cawangan di lokasi baru.

3. Resource Aquisition - Kebolehan organisasi mendapatkan sumber atau input untuk organisasi berfungsi dengan baik. Sumber dari segi modal, bahan mentah, sumber manusia dan idea-idea baru.

4. Adaptability- Keupayaan organisasi menyesuaikan dengan perubahan persekitaran terutamanya dari segi terma-terma yang baru dibentuk oleh pembekal, palanggan, pesaing bisnes dan kakitangan syarikat.

5. Innovation - Kebolehan organisasi untuk membuat perubahan dari segi produk baru, perkhidmatan baru, teknologi baru dan pastinya dari segi sistem pengurusan dengan nafas baru.

6. Productivity - Keberkesanan sesebuah organisasi dalam mengeluarkan produk dan perkhidmatan pada jumlah yang maksima dengan kos atau perbelanjaan yang minima.

7. Customer / Client satisfaction - Merupakan level kepuasan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi anda.

8. Employee satisfaction /commitment - Merupakan level kepuasan dan komitment kakitangan syarikat terhadap organisasi anda.

Oleh itu majikan dan kakitangn sebenarnya menyumbang kepada keberkesanan syarikat. Jika kakitangan tidak dapat menyumbang prestasi kerjaya yang cemerlang, organisasi tempat anda bekerja juga tidak akan cemerlang. Bonus pun ciput ajerr, naik pangkat lambat....dan sebagainya yang tidak dapat memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak majikan dan pekerja.


Oleh itu dapatkan panduan untuk memantapkan sistem untuk memenuhi tanggungjawab majikan dan kakitangan www.rahsiahrd.com

Comments