Mengurus Jabatan Sumber Manusia atau syarikat. Semudah ABC

Mengurus Jabatan Sumber Manusia atau syarikat. Semudah ABC

Standard Operating Procedure atau yang lebih terkenal disebut SOP merupakan kumpulan peraturan yang dibuat untuk mempermudah tugas yang dikerjakan dalam melaksanakan misi-misi untuk mencapat matlamat utama iaitu visi syarikat.

Dalam operasi pentadbiran syarikat, SOP berfungsi untuk memudahkan Pengurus, Ketua Jabatan, eksekutif, penyelia sehinggalah kepada kakitangan am bekerja sesuai dengan tugas utama di jabatan masing-masing

Dalam dunia perusahaan dan industri, SOP sangat diperlukan supaya setiap kakitangan dan pimpinan organisasi mengetahui arah dan tujuan yang hendak dicapai.

SOP yang yang baik akan akan membuahkan hasil yang baik pula. Oleh itu sebagai ketua tadbir organisasi, jabatan, seksyen atau kumpulan pastinya kita perlu kepada S.O.P mengikut bahagian masing-masing.

S.O.P pentadbiran sumber manusia pula bukanlah hanya untuk suatu bahagian. Semua bahagian dan jabatan dalam organisasi perlu kepada S.O.P sumber manusia ini kerana keseluruhan bahagian dalam organisasi melibatkan sumber manusia.

Jika sudah ada HR S.O.P pastinya memudahkan tugas tuan/puan  kerana tidak perlu untuk mengulangi penerangan demi penerangan polisi dan prosedur kepada setiap staff jika mereka ada persoalan berkaitan kerjaya mereka.

Tugasan memberi kefahaman akan dibahagikan kepada ketua-ketua kumpulan setiap kakitangan di setiap bahagian. Mudahnya kerja anda sebagai pentadbir atau majikan dengan adanya HR S.O.P ini.
Jumpa lagi di lain perkongsian.
Nak tempah manual ini sila klik sini

Comments