Belanjawan 2012 - Bermula era bantuan untuk pelajar.

Bila tiba pembentangan belanjawan, pastinya rakyat Malaysia mengharapkan sesuatu yang positif. Bagi kakitangan awam dan swasta sudah tentu mengharapkan kenaikan gaji atau dapat bonus.

Walau bagaimanapun belanjawan negara selalunya akan memberi kenaikan gaji dan memberi bonus kepada penjawat awam. Bagaimana dengan kakitangan di sektor swasta?. Kepada majikan-majikan di sektor swasta diharapkan dapat membuka mata dan dapat melaksanakan kenaikan gaji dan memberi bonus kepada kakitangan mereka selaras dengan bajet 2012 ini kerana sara hidup mereka juga tidak jauh bezanya dengan penjawat awam.

Antara element dalam bajet 2012:-
  • Sekolah rendah, menengah percuma
  • Bantuan RM100 untuk setiap pelajar
  • Gaji kakitangan awam, pencen naik
  • Bonus untuk kakitangan awam minimum RM500
  • Felda disenarai, peneroka dapat 'durian runtuh'
  • Baucer buku RM200 untuk pelajar IPT
  • Usia bersara daripada 58 kepada 60 tahun
  • Kenaikan gred guru lebih cepat
  • Had maksimum RM400,000 Skim Rumah Pertamaku
  • RM500 bagi keluarga berpendapatan bawah RM3,000
  • Jaminan KWSP untuk daftar haji
Alhamdulillah. Rezeki kurniaan Allah walaupun ada antara bajet ini tidak berkaitan dengan kita. Semoga penerima faedah dari bajet 2012 bersyukur dengan rezeki belanjawan dan dapat meningkatkan kecemerlangan kerjaya dari semasa ke semasa.

Panduan kecemerlangan kerjaya boleh diperolehi di sini www.rahsiahrd.com

Comments