Tips Temuduga - Komunikasi Berkesan

Semua calon mesti bijak berkomunikasi. Pada pendapat saya komunikasi berkesan adalah satu komunikasi yang memberi kesan di hati panel penemuduga.

Setiap patah perkatan yang keluar dari mulut calon mestilah berdasarkan fakta benar, keikhlasan dan yang paling penting memasukkan kata-kata yang menunjukkan anda seorang yang patuh kepada arahan dan boleh bekerja tanpa pengawasan.

Contoh: Ketika memperkenalkan diri anda boleh nyatakan " Saya mempunyai latarbelakang akademik dan pengalaman yang mampu memberi keuntungan kepada syarikat dan layak untuk jawatan yang saya pohon ini. Sentiasa menepati dateline dan tuan tidak perlu risau kerana saya memang seorang yang sentiasa patuh kepada arahan bos dan sentiasa ingin memberi yang terbaik untuk menyokong pencapaian matlamat jabatan dan syarikat"

Panel penemuduga akan jatuh hatinya bila dengar " saya sentiasa patuh kepada arahan bos".

Sekian buat kali ini.

Comments